LATAR BELAKANG PASUKAN PANCARAGAM JKP DBKL

Sejarah awal penubuhan Pasukan ini bermula pada tahun 1979 dengan tertubuhnya Pasukan Kor Or Drum yang mana dianggotai seramai 14 orang anggota penguatkuasa DBKL dengan peralatan muzik seperti bugle,flute,side drum,tenor drum,cymble dan bass drum sahaja.
Pada tahun 1984 Datuk Bandar Kuala Lumpur ke 3 ( Tan Sri Elyas Omar ) telah bersetuju menubuhkan Pasukan Pancaragam Direktorat Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah Pentadbiran dan Pengurusan Direktorat Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga kini ( Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
Pada 14 Febuari 1985 Pasukan Pancaragam Direktorat Penguatkuasaan telah dirasmikan oleh Encik Nawi bin Embong,Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada ketika itu di Astaka taman Tasik Titiwangsa.
Pasukan yang dianggotai seramai 73 orang yang terdiri dari pegawai dan anggota penguakuasa ini telah diberi latihan awal dan bimbingan secara teori dan praktikal oleh Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Tamim.

Tiada catatan.
Tiada catatan.